Sunday, May 24, 2009


mi rebus..

saiz hidangan : 45-50 orang (surau mlm sabtu)

mi - 5 kg (dicelur)
ubi keledek - 3-4 kg (direbus dan lecek)
daging - 2 kg
tulang rusuk - 2 keping ( direbus bersama daging )
cili kering - 3-4 cekak
bawang besar - 5 labu (besar - dimayang )
taugeh - 2-3 kg (dicelur)
taukua - 10 bijik (digoreng)
telur - 10 bijik (direbus)
daun bawang (potong halus)
cili merah (potong nipis)
ubi kentang - 10 bijik (dipotong)
tomato puree - 1 tin besar
gula, garam secukupnya..

cara2:


  1. Panaskan minyak masak dan goreng bawang besar yg telah dimayang sehingga garing. ketepikan.

  2. Dalam minyak yg sama goreng cili kering sehingga garing. mesin bersama dengan bawang goreng tadi.

  3. masukkan campuran cili tadi kedalam periuk dan rebus sehingga pecah minyak.

  4. masukkan air daging beserta ngan tulang. daging diketepikan dan dipotong. ketepikan daging tu utk diletakkan diatas mi nnt.

  5. masukkan tomato puree dan keledek yg telah dilecek.

  6. masukkan garam dan gula.

Saturday, April 25, 2009

I did Siapakah anda 30 tahun akan datang? kat facebook:

Anda seorang bapa atau ibu yang baik!Anda seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Tidak salah lagi anda adalah seorang yang berkaliber dan berwawasan dalam hidup. Bermotivasi tinggi bagi mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Tahniah!

Aminnn....
I did the menghitung tarikh lahir dalam tahun Islam in facebook.

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 30 Ramadhan 1389 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu. (mak aku cakap, dia tengah kukur nyior nak masak ketupat masa sakit nak bersalin tu..hikhik..sian mak aku tak sempat nak makan ketupat raya tahun tu..)

Maksud : Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu. (i was born at 12 noon..mahu tak panasnya..)

Sifat : Anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat. (yeah..betulla tu..)

Sunday, March 29, 2009

minggu ni, minggu aku gila novel..2 buah novel tulisan hlovate aku habiskan dalam 3 hari jer...dlm kesibukan harian...keja seharian yg bertimbun ngan tak cukup kaki dan tangan..keja2 kat umah yg x penah nak surut2..tatau macam mana aku leh habiskan novel tu dlm 3 hari..

ekceli novel hlovate aA+bB tu aku nak hadiahkan kat my eldest, kakak, pasai dia dpt score an A in her add maths...1st time tu..sebelum order online tu aku baca gak komen2 peminat2 hlovate..mcm best jer tulisan2 dia..even her blog pun is interesting to read..dah baca komen2 tu..aku tertarik nak oder 5 tahun 5 bulan gak..

pesanan tu aku alamatkan kat ofis, kekononnya nak surprisekan kakak..entah mcm mana aku pi buka plastic cover tu dan baca sekilas dulu..best jln citer dia..so apalagi...baca sampai abis la...tp keja2 aku ttp jalan..no worry..pas tu sambung ngan 5 tahun 5 bulan plak...mmg lain drpd yg lain penceritaannya..sempoi jer..
pssttt...kakak bengang gak sbb kononnya hadiah utk dia..tp aku yg baca dulu...

pagi tadi plak aku dah abiskan tak seindah mimpi...tulisan sharifah abu salem..best citer dia..biasalah tulisan sharifah abu salem ni...mmg mengasyikkan..macam ngan dia punya skrip drama tv gak..semua best2..

malam tadi bebudak tu dan ayah depa buat lawak yg tak lawak...jeles tengok aku dok asyik layan novel2 tu dlm seminggu ni..semlm depa pakat2 sorok novel yg aku dok tengah baca...macam nak rak aku cari...ehhh, dlm dok baca2 tu, keja aku tak aku abaikan, okayyy..masak ttp masak..hangpa tak kebuluq pun kannn...sorok buku okay..besok aku mogok masak..pas tu aku ambik remote control tv...fine, buku tadak..aku nak tengok grey's anatomy..sapa pun jgn kacau...dan2 depa bagi buku aku tu sbb grey's anatomy tu aku sorang jer yg minat...
so for a record, minggu ni aku baca 3 novel..
p/s: tu yg dok rasa muda lagi tu..sbb dok baca karya2 penulis muda ni..baca secara tak sengaja..ehehhhh..

Earth Hour 2009

so..last night earth hour kann...
8.30 - 9.30 pm...
lights out..
bukan setakat all lights...
semua electrical appliances kita off..
dan bukan setakat 1 hour tu jer..
start 8.15 - 10.30...
umah kami gelap gulita..
bukannya apa...hehehe..
kita orang kuar makan kat luar..
kira contribute gak la kan kat kempen ni..kannn...





Sunday, March 22, 2009

resepi laksam aku...

dah lama tak masak laksam...ari ni tetiba rasa nak masak laksam plak..
last week masa pi Alor Setar, mak teh ada citer..depa buat kenduri..antara hidangannya laksam..balik umah dah jadi mcm org mengandung..tetiba ngidam nak makan laksam..so kat sini aku just nak jot down resepi aku...bukannya apa..aku ni kalu masak main campak jer..kalu org tanya mcm mana hang masak bla..bla.. tu..aku dah lupa apa yg aku masukkan..so at least aku leh refer kat sini..kut2 la ada org tanya resepi laksam ni..


UTK LAKSAMNYA..

1/2 kg tepung beras
1 senduk tepung gandum
2 sudu teh garam
1.5 L air
1/4 senduk minyak masak

gaul sebati semuanya...


aku guna tudung piyuk jer utk steam laksam tu..ada org guna tudung tin milo..yg tu lagi senang..licin jer..x lekat...

bila dah sejuk..gulungkan laksam tu..


UTK KUAHNYA...


300G ikan kembong atau selayang (kat tempat aku panggil ikan temenung atau sardin..ikan sardin ni kat sini org panggil gak ikan cerut..sbb bentuk dia mcm cerut kut..:) ) - ikan ni direbus mcm nak buat laksa gak..

santan - lebih kurang 2 ringgit..

5 keping asam keping

daun kesum

utk dimesin..

8-10 ulas bawang merah

15-20 biji cili kering ( yg telah direbus)

belacan sebesar ibu jari..

1 sudu besar lada hitam

4-5 btg serai

2" lengkuas


Cara2 nak masak..

macam buat laksa gak ler..cuma masukkan santan.. (dah malas nak naip pjg2)

bila nak makan..potong la laksam tu..ulaman nya mcm laksa gak...tambah taugeh dan kacang panjang yg dipotong halus..




naper aku hidangkan kuah dlm piyuk kecik ni??? sebenaqnya ni aku nak balas bekas njang minah..jiran aku..tu bekas2 dia lah..ari tu dia bagi aku gulai kenduri yg dia siap panaskan dlm piyuk tu..pinggan tu dia buat alas piyuk tu..


p/s: laksam aku ni versi laksam kedah..kalu laksam kelantan lain sikit..tp aku suka jugak laksam kelantan..

Sunday, March 15, 2009

dah lama tak ke sini...


hish..lama benar aku tinggalkan blog aku ni..bersawang betul..
sebab sheila lah gamaknya aku balik menjenguk kat sini..